Saturday, May 26, 2012

coming soon..RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua???moga dikurniakan kesihatan jasmani dan rohani dengan sebaiknya. Kesihatan jasmani itu sihatnya tubuh badan serta akal manakala sihatnya rohani seseorang itu adalah pabila hatinya itu sentiasa basah dengan mengingati yang Maha Esa.

Musim peperiksaan sedang berlangsung. Bagaimana dengan persiapan anda semua?? Moga semuanya baik-baik. Alhamdulillah, bulan Rejab menjelma lagi. Kedatangan bulan ini sebenarnya melatih kita semua untuk menghadapi ramadhan yang bakal menjelma. Jika disoal apakah peristiwa yang berlaku didalam bulan rejab ini, adakah setiap dari kita mampu menjawabnya??

Macam mana?dah dapat jawapannya?
Sebenarnya peristiwa yang berlaku pada bulan rejab adalah peristiwa israk mikraj yang terjadi pada 27 Rejab. Dalam surah isra' ayat 1, Allah telah berfirman yang bermaksud :

" Maha suci (Allah) yang telah memperjalankan hambaNYA (Muhammad) pada malam hari dari masjidharam ke masjid Aqsa yang Kami berkahi sekelilingnya, agar Kami perhatikan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar Maha Melihat ".



Saidina Anas berkata, apabila datang bulan rejab, maka Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :

 " Ya Allah, berkatilah bulan rejab dan sya'ban untuk kami dan sampaikanlah kami kepada bulan ramadhan."

[Diriwayatkan oleh Imam al-baihaqi dalam Syu'ab al-imam]

Namun tiada dalil khas mengenai apakah amalan yang sesuai dilaksanakan di dalam bulan rejab. Tetapi antara amalan yang dianjurkan ialah amalan berpuasa, puasa sunat pada hari isnin dan khamis. Sementelah, sekarang ini adalah musim peperiksaan, apa kata kita sama-sama mempraktikkan amalan mulia ini dengan sebaik mungkin.

Moga rahmat dan redha Allah sentiasa ada untuk kita. Bitaufiq wa najjah fil imtihan(^_^)




0 comments: