Saturday, May 26, 2012

coming soon..RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua???moga dikurniakan kesihatan jasmani dan rohani dengan sebaiknya. Kesihatan jasmani itu sihatnya tubuh badan serta akal manakala sihatnya rohani seseorang itu adalah pabila hatinya itu sentiasa basah dengan mengingati yang Maha Esa.

Musim peperiksaan sedang berlangsung. Bagaimana dengan persiapan anda semua?? Moga semuanya baik-baik. Alhamdulillah, bulan Rejab menjelma lagi. Kedatangan bulan ini sebenarnya melatih kita semua untuk menghadapi ramadhan yang bakal menjelma. Jika disoal apakah peristiwa yang berlaku didalam bulan rejab ini, adakah setiap dari kita mampu menjawabnya??

Macam mana?dah dapat jawapannya?
Sebenarnya peristiwa yang berlaku pada bulan rejab adalah peristiwa israk mikraj yang terjadi pada 27 Rejab. Dalam surah isra' ayat 1, Allah telah berfirman yang bermaksud :

" Maha suci (Allah) yang telah memperjalankan hambaNYA (Muhammad) pada malam hari dari masjidharam ke masjid Aqsa yang Kami berkahi sekelilingnya, agar Kami perhatikan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar Maha Melihat ".



Saidina Anas berkata, apabila datang bulan rejab, maka Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :

 " Ya Allah, berkatilah bulan rejab dan sya'ban untuk kami dan sampaikanlah kami kepada bulan ramadhan."

[Diriwayatkan oleh Imam al-baihaqi dalam Syu'ab al-imam]

Namun tiada dalil khas mengenai apakah amalan yang sesuai dilaksanakan di dalam bulan rejab. Tetapi antara amalan yang dianjurkan ialah amalan berpuasa, puasa sunat pada hari isnin dan khamis. Sementelah, sekarang ini adalah musim peperiksaan, apa kata kita sama-sama mempraktikkan amalan mulia ini dengan sebaik mungkin.

Moga rahmat dan redha Allah sentiasa ada untuk kita. Bitaufiq wa najjah fil imtihan(^_^)




0 comments:

Sunday, May 20, 2012

Bitaufiq wan najah(",)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

apa khabar anak2 ganu semua??? moga semuanya dalam rahmat Ilahi.

Macam mane sekarang? dah bermula ke peperiksaan akhir?

PERMATA ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua. Moga setiap ilmu yang dipelajari memberi manfaat yang berguna unutk diri.


" Bercintalah dengan pelajaran, betunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan".

Bitaufiq wan najjah fil imtihan (^_^)

0 comments:

Wednesday, May 16, 2012

GURUKU

SAJAK GURU

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepala ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu,
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat,
Alur kesetiaan mengalir nasihat,
Pemimpin yng ditauliahkan segala umat,
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Di mana-mana dia berdiri dimuka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota,
Di bangunan tua di Hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakili seribu buku.

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir hidupmu, guruku, 
Budi yand diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat, 
Menjadi kengan ke akhir hayat...

karya oleh : USMAN AWANG 1979


SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA YANG BERGELAR PENDIDIK

DIDIKLAH ANAK BANGSAMU INI DENGAN SEIKHLAS HATI


" GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA "





0 comments:

Monday, May 14, 2012

Malam Munajat bersama Imam Muda Fakhrul


Assalamualaikum dan salam sejatera semua...

Moga semuanya sentiasa didalam rahmat Ilahi....

Bismillahirahmanirahim,,,

Sempena peperiksaan akhir yang bakal menjelang tidak lama lagi, Biro Dakwah dan Tarbiyyah PERMATA ingin menjemput semua anak-anak pelajar Terengganu untuk sama-sama menyertai Malam Munajat yang akan diadakan pada :

* 18 MEI 2012 (JUMAAT)
* 7 PM
* EDU LR 6 & 7
* JAMUAN DISEDIAKAN

Imam Muda Fakhrul-anak jati Terengganu


Ayuh, meriahkan MALAM MUNAJAT bersama IMAM MUDA FAKHRUL. 
Anda dapat pengisian rohani, anda dapat suntikan semangat dan anda dapat pengisian fizikal....

Didoakan semua mahasiswa dan mahasiswi Terengganu dapat melakukan yang terbaik untuk peperiksaan akhir nanti. Ingat, ikhlaskan hati kita bahawa niat menuntut ilmu hanya kerana Allah Ta'ala. Moga segala ilmu yang dipelajari memberi manfaat kepada diri sendiri dan masyarakat. Bitaufiq wan najjah (^_^)

0 comments: