Wednesday, December 7, 2011

KEM KEPIMPINAN DAN PROFESSIONALISM PERMATA 2011

Kenangan Kem Kepimpinan Permata 2011. Semoga program-program baik seperti ini dpt diteruskan oleh tenure akan datang (^_^). Sumbangan tenaga dan idea Mahasiswa Terengganu UIAM amat diperlukan dalam memacu bahtera PERMATA ke arah yang lebih gemilang.

0 comments:

Saturday, October 8, 2011

JOM KABBAK BROGA!!


Assalamualaikum semua. Jangan ketinggalan mendaftarkan diri anda semua utk mengikuti XPDC ini. Sungguh! Rugi sungguh kalau terlepas. Kepada yg telah mendaftar, selamat mendaki! Jaga keselamatan diri.  Jaga juga keselamatan kawan-kawan.Amati keindahan alam. Sesungguhnya, alam nan indah ini tidak diciptakan sia-sia. Sungguh mata yg kamu sedang guna utk meniti bait2 kata ini, anugerah  besar dari Allah, bukan digunakan untuk menderhakaiNya tetapi untuk meraih redhaNya.Alam merupakan bukti kekuasaan Allah dan seharusnya menjadi pengukuh kepada AQIDAH kita semua. Terima kasih dari kami. Terima cinta dari kami.

2 comments:

Sunday, August 21, 2011

BAS RAYA PERMATA UIAM 2011

         
           Alhamdulillah. Bersyukur kita kerana telah dikurniakan keselesaan oleh Allah, jauh berbanding sebahagian saudara kita di India sana. Alhamdulillah~Sempena kepulangan mahasiswa anak terengganu ke UIAM, yg dirindui, pihak permata telah berbesar hati menyediakan bas utk memudahkan perjalanan pulang anak-anak terengganu ke kampus mereka . Kepada sesiapa yg telah menempah tiket, sila pastikan nama-nama anda tersenarai dlm rekod kami. Semoga perjalanan anda dlm rahmat Allah.

klik pautan di bawah utk paparan senarai nama pernumpang bas raya PERMATA 2011

0 comments:

Monday, July 4, 2011

KEM PROFESIONALISME DAN KEPIMPINAN PELAJAR TERBILANG


Menjelang cuti semester ini, pihak PERMATA UIAM akan menganjurkan Kem Profesionalisme dan Kepimpinan Pelajar Terbilang yang bertempat di Sekolah Menengah Sains Dungun. Program ini memberi peluang kepada Mahasiswa UIAM untuk berbakti kepada masyarakat khususnya adik-adik pelajar di Terengganu bagi mempersiapkan mereka menempuh cabaran getir apabila melangkah keluar dari alam persekolahan. Diharap, dengan kerjasama yg diberikan oleh Pihak Yayasan Terengganu dan SM Sains Dungun akan menjayakan program yang akan berlangsung tidak lama lagi. InshaAllah.

0 comments:

Saturday, May 7, 2011

Asal Usul Perayaan Hari Ibu-Tahukah Anda?



Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece. Ianya disambut oleh orang-orang Greece sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England telah merayakan hari berkenaan dan mereka menamakan perayaan tersebut sebagai perayaan "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent ialah satu tempoh masa 40 hari dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama mereka. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa a.s. atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh itu juga, kebanyakan rakyat England yang faqir miskin akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga mereka kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan kepada mereka dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad ke-4, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan mereka akan pulang ke kampung halaman untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan "Mothering Cake" atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini telah menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memulihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itulah, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di AS, Hari Ibu disambut seawal tahun 1872. Ianya adalah hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic". Puisi ini telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga AS. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut begitu menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907, Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar merayakan dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun ke-2 kematian ibunya iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itulah, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri-menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik dan meminta agar Hari Ibu itu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah AS. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti diraikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Setiap hari merupakan hari ibu malah juga hari bapa. Luangkan masa untuk menelefon dan berbicara dgn mereka bagi yg tidak berkesempatan pulang. Kasihi mereka sebagaimana mereka mengasihi kita sejak kecil sampai sekarang.


Hayati hadith ini:-

“Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud Radiyallahu Anhu :Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi (S.A.W),Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala:Nabi Bersabda,Solat Pada Waktunya,Aku Bertanya Lagi:Apa Lagi Wahai Rasulullah?Baginda Bersabda:Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa,Aku Bertanya Lagi,Apa Lagi Wahai Rasulullah?Baginda Bersabda:Berjihad Di Jalan Allah,Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku,Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya.” 


sumber :
http://sautulhaqq.blogspot.com
http://hafizfirdaus.com

0 comments:

Friday, March 25, 2011

MINI BBQ RAPATKAN UKHWAH AHLI PERMATA

25 MAC 2011- Mini BBQ telah dianjurkan sebagai usaha merapatkan ukhwah ahli biro PERMATA. Diharap, ukhwah yang terjalin akan  menguatkan semangat juang mereka dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.Terima Kasih buat semua yg sudi hadir dan tidak lupa juga kepada jawatankuasa penganjur program yg telah bertungkus lumus dlm menjayakan program ini. Semoga Allah memberkati usaha kita.

2 comments:

Sunday, March 20, 2011

Jual beli dalam dinar dan dirham kini di WAQEC!!


Tanggal 20 MAC 2011, WAQEC STATIONERIES IIUM telah menerima dinar dan dirham sebagai medium pembelian dan penjualannya.Dalam masa yg sama, makin byk kedai-kedai (www.sahabatdinar.com) di Malaysia mula menerima kehadiran dinar/dirham. Hal ini menjadi jawapan kepada masyarakat Malaysia dan Mahasiswa uiam khususnya dalam mencari tempat jual/beli menggunakan dinar/dirham.
Perkara ini semakin mendapat tempat dihati masyarakat Malaysia atas kesedaran mengelak RIBA yg sedia maklum HARAM disisi Islam dan jelas sekali berunsur penindasan ke atas rakyat.
Untuk makluman pembaca,seperti yg kita sedia maklum nilai, dinar(emas) dan dirham(perak)semakin bertambah hari ke hari.Namun ada cerita yg sering tidak jelas dan disembunyikan oleh 'mereka'. Sebenarnya, hal ini berlaku kerana susutnya nilai US DOLAR secara mendadak sejak dahulu lagi.Sebab? Antaranya ialah, US dgn sesuka hati mencetak 'kertas sihirnya'nya (WANG KERTAS) dan akhirnya 
berlaku lambakan duit dipasaran.
Rasanya, cukup stakat ini dulu perkongsian kali ini. Untuk maklumat lanjut, boleh la buat lawatan sambil belajar ke www.muamalatcouncil.com
atau boleh saja bt carian di google.'Type' je dinar dirham, macam2 ada!!


Tahniah Buat WAQEC. Semoga Allah memberkati usaha kita.REZEKI itu milik Allah.Ayuh semua, mulakan tugas kita sekarang. Miliki dinar dan dirham sekarang dan mulakan transaksi matawang syariah sekarang.
Bagi yg tertanya-tanya di mana nk mendapatkan dinar/dirham. Boleh dapatkan di www.uni-bazaar.com hubungi saudara HILMI di 013-6247463

0 comments:

Saturday, March 19, 2011

Buka Minda Siswa-Hati ke Hati Bersama Bob Lokman 17 MAC 2011














Saudara bob lokman menceritakan bagaimana kehidupan kita seharian dikaburi dengan adat-adat kita seperti org kita mementingkan pelajaran sampai ijazah,selepas ijazah-master,slps master-phd..lepas tu dah xtahu apa fungsi kehidupan..tunggu la mati,jika tidak ada pelajaran, masyarakat mmndg rendah..ketahuilah kebanyakan persepsi masyarakat sudah dipengaruhi oleh agenda2 yahudi..adat kita boleh jatuh syirik..percaya pada penyembuh demam itu panadol! 
p/s : Kawal minda anda, keluar dari tempurung pluralism.Ayuh, tegakkan kebenaran,Usah ragu akan janji Maha Pencipta. Allah menjanjikan kemenangan kepada org yg benar.

<< Dan katakanlah "Kebenaran telah datang dan yang batil telah lenyap". 
Sungguh yang batil itu pasti akan lenyap >>
(Al-Isra' : 81)

0 comments:

Thursday, February 24, 2011

FAMILY DAY PERMATA 2011


JOM pakat mari rama-rama...pakat masuk sukaneka...lari dlm guni, gelek reng..kaki tiga dan macang2 lagi..mainan memang sedak r. doh la mudoh... hadioh dok soh kate r, mmg nangis r kalu xleh hadioh ^_^. Makan PERCUMA bos. Org Kuala Berang dok soh bg alasan jauh r....

0 comments:

Saturday, February 19, 2011

0 comments:

Sunday, February 13, 2011

Platform Terbaik Untuk Usahawan UIAM


Tahniah Kepada Team ABC114 United Corp. Semoga usaha murni  mereka dalam mewujudkan budaya berniaga dikalangan mahasiswa UIAM berjaya dan terus berkembang maju.Namun harus diingat jalan Jihad perniagaan ini menjanjikan segala macam cabaran dalaman mahupun luaran. Perniagaan merupakan Sunnah Rasulullah sallalahu'alaihiwasallam. Dari itu, pihak PERMATA menyeru semua anak Terengganu memanfaatkan peluang keemasan ini untuk memacu laju perniagaan anda.

"1000 Langkah dimulakan dengan Langkah Pertama"
"Perniagaan Satu Ibadah"

0 comments:

Thursday, February 10, 2011


Ingin dapat pendapatan lebih bulan ni?? Sertai pertandingan reka T-shirt anak-anak terengganu uiam. Tiada bayaran hanya ganjaran. Tarikh tutup penyertaan pada 8FEB 2011. Pemenang akan diumumkan pada 13FEB di blog PERMATA ECON


PERHATIAN!!

Tarikh pertandingan telah dilanjutkan sehingga 18 FEB atas permintaan ramai. Pemenang akan dimaklumkan melalui SMS.  

0 comments:

Sunday, January 16, 2011


PERMATA UIAM AKN MENBUKE KAUNTER TIKET BUS SEMPENA CUTI MID TERM...KAUNTER AKN DIBUKE PADA 18/1/2011 PKUL  9-10.15 MLM BERHADAPAN DGN LIBRARY UIAM..

JADUAL PERJALANAN :

TARIKH : 28/1/2011
HALUAN : UIAM -->KUALA TERENGGANU
MASE : 10MLM

TARIKH : 5/2/2011
HALUAN : KUALA TERENGGANU --> UIAM
MASE : 10MLM

HARGE TIKET :: RM 39 SAHAJA (sehala)

.SESIAPE YG BERMINAT BOLEH LA DTG KE KAUNTER TIKET PDA MLM TU..

0 comments:

Thursday, January 6, 2011

MASS GATHERING SISWA SISWI TERENGGANU

 Assalamualaikum w.b.t..  
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana dengan izinNya MASS GATHERING PERMATA 2011 berjaya dilangsungkan dgn jayanya pada 6 JAN 2011 yg lalu.Juga setinggi-tinggi penghargaan buat Al-Fadhil Ustaz Hamid Jusoh Al-Butri  yang sanggup meluangkan masa untuk bersama-sama dengan mahasiswa-mahasiswa Terengganu di UIAM pada malam tersebut.
Kami berasa berbesar hati dengan kedatangan anak-anak ganu2 yg amat menggalakkan.Semoga ukhuwwah yang terbina antara kita kian erat, teguh,utuh dan kekal abadi insyaAllah.

0 comments: