Saturday, July 28, 2012

Ramadhan Kareem 1433H

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi dengan segala nikmat kurnia ini. Salam Ramadhan kepada mahasiswa semua. Hari ini kita semua telah melepasi 8 hari ramadhan. Bagaimana dengan ibadah kita setakat ini???? adakah semakin meningkat atau sedang menurun sedikit demi sedikit. Nauzubillah.



Firman Allah didalam Al-quran yang bermaksud:

" Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang terdahulu agar kamu bertaqwa".
al-baqarah : 183


Subhanallah, sungguh banyak keistimewaan yang terdapat dibulan yang penuh barakah ini. Bulan yang dijanjikan pahala amalan kebaikkan akan dilipat kali gandakan, bulan yang diturunkan Al-quran, bulan yang mana terdapat satu malam yang dikenali sebagai malam lailatulqadr yang lebih baik dari seribu bulan,bulan yang penuh dengan rahmat, bulan diampunkan segala dosa, ditutup pintu neraka dan dibuka seluas-luasnya pintu syurga dan dibelenggu syaitan. 

Allahu robbi, sungguh banyak tawaran yang Allah sediakan untuk kita sebagai hambaNYA. 

Sabda Rasulullah yang bermaksud :

"Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya ma'rifah(pengampunan) dan pengakhirannya pembebeasan api neraka."
riwayat Ibnu khuzaimah

Dan ada lagi, 

sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka diampunkan segala dosanya yang terdahulu."
riwayat Bukhari dan Muslim

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, Beruntunglah bagi manusia yang menanti-nantikan dan berlumba-lumba untuk mengerjakan amal kebaikkan.

Dengan pelbagai tawaran menarik ini, apa kata kita semua cuba koreksi diri atau muhasabah kembali apa makna disebalik kita berpuasa.

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan. Itulah alunan yang bergema di serata pelosok dunia tatkala ramadhan menyapa muslimin yang merindui akan kehadirannya. Kesabaran menunggu selama ini disambut dengan lafaz syukur serentak dengan sujud syukur. Ya Allah, Alhamdulillah, Engkau pertemukan aku dengan ramadhan. 

sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

" Jika bulan Ramadhan tiba, pintu-pintu syurga dibuka dan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan dibelenggu."
riwayat Bukhari dan Muslim

Mungkin berkat syaitan dibelenggu, maka ramai manusia berwajah iman. Topeng syaitan ditinggalkan seketika. Apabila mereka ini berwajahkan iman sepanjang ramadhan, maka apa yang terjadi adalah ibadah mengejut.....

 Tiba- tiba ibadah digandakan !!!

Tiba-tiba bangun qiamullai !!!

Tiba-tiba tahap kesabaran dilipat kali gandakan !!!

Dan macam-macam lagi. 

Mungkin ada yang akan mengatakan; "kalau bukan dibulan ramadhan, bila lagi untuk kita mulakan semua ini??"

Okeyy,, tidak ada salahnya seandainya ramadhan ini menjadi titik tolak untuk melakukan ibadah secara mengejut. Tidak mengapa jika malaikat Raqib sibuk sedikit dan malaikat Atiq pula tidak disibukkan untuk merekod amalan buruk seseorang. Alhamdulillah, jika itu yang berlaku sepanjang bulan yang penuh dengan kemuliaan.

Namun, jangan diulangi amalan "TIBA-TIBA" itu sebaik sahaja graduate daripada madrasah tarbiyyah.

Tiba- tiba makan banyak !!!

 Tiba-tiba terlupa dimanakah al-quran !!!

Tiba-tiba mendedahkan aurat !!!

Tiba -tiba meninggalkan amalan solat-solat sunat yang sepanjang Ramadhan dikerjakan seolah-olah ianya wajib !!!

Tiba- tiba kembali melakukan agenda lagha !!!

Dan macam-macam lagi !!!


Apakah semua ini???

Adakah ini satu perbuatan untuk membalas dendam??? Membalas dendam kepada siapa pula ini???

Tidak mengapa jika tiba-tiba melakukan amal ibadah seolah-olah esok sudah tiada. Namun adalah sesuatu yang tidak patut jika tiba-tiba " bertanduk " sebaik sahaja takbir Syawal bergema. 

Maka pesanan untuk semua, koreksilah diri. Apakah makna disebalik kita semua??? Adakah sekadar ingin berpuasa dan fokus beribadah hanya sebulan ini sahaja??? Apakah ibadah kita selama sebulan ramadhan dapat menebus semua kealpaaan dan kelekaan kita daripada mengingati Allah selama sebelas bulan berbaki.

Astaghfirullah hal azim, Nauzubillah...

Ya Allah, jauhkan aku dari semua ini.




0 comments: